Pecahan dan Jampi Kurungan Keluarga Hyuga Hyuga

Fail:Neji With The Hyūga Curse Mark.PNGJampi Kurungan yang terdapat di dahi setiap ahli keluarga cabang.

Klan Hyuga dipisahkan kepada dua keluarga penting, Keluarga Utama (宗家, Sōke) dan Keluarga Cabang (分家, Bunke); sejenis sistem yang melindungi rahsia sebenar kuasa mata Byakugan daripada orang luar. Ahli dari keluarga utama akan menguruskan pentadbiran klan, manakala ahli daripada keluarga cabang akan memberikan pelindungan.Ahli-ahli daripada keluarga cabang akan ditandakan dengan sejenis "jampi kurungan sumpah" di dahi mereka. Tanda jampi kurungan ini membolehkan ahli daripada keluarga utama mengawal sepenuhnya ahli daripada keluarga cabang. Ini kerana mereka boleh memusnahkan "minda" ahli keluarga cabang dengan hanya satu gerakan jari yang mudah yang akan menyebabkan kesakitan kepada ahli keluarga cabang dan mendera mereka.

Jampi kurungan ini juga berfungsi untuk "mengunci" rahsia Byakugan sekiranya pemakainya mengalami kematian. Ahli keluarga cabang dianggap sebagai orang suruhan, hanya kerana aturan masa kelahiran atau asal keturunan darah mereka (Ahli keluarga cabang yang mempunyai anak, secara automatik anak mereka juga adalah dari keluarga cabang). Sesetengah ahli keluarga cabang sangat membenci ahli keluarga utama. Selepas Peperiksaan Chūnin tamat pada Bahagian I, kedua-dua keluarga sudah mula berkerjasama dan melupakan perbnezaan mereka. Di dalam Bahagian II, mereka akhir menunjukkan kesatuan di antara dua keluarga apabila mereka berperang dengan Pain.